Powered By Blogger

Saturday 19 January 2013

Camy's video ;)

Heyy ! Assalamualaikum ! This is camy . Tolong tengok video ni and like kat youtube otayyy ! And please tinggalkan beberapa comment and and and subscribe me pleaseee ? Love y'all ;) -Camilia Aida

Happy late new year !!

   Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh *jawablah salam ye* This is camyyy ^^V So , happy late new year eveliwan mwehehe :3 Sorry lambat sangat wish sebab camy sekarang sibukk *sangaaaat* . Yayyy , byebye 2012 , haluuu 2013 ! Biasalah bila tiba hujung tahun , ramai yang dah tak sabar sabar tunggu kedatangan tahun baru . And ramai jugak yang try buat and memahat janji janji dalam diri , terutama janji manis untuk memperbaiki diri serta memperbaharui diri . Ayat biasa yang pernah dengar "Ingin menjadi orang yang lebih baik"

Ipin cakap camy betulll !

   Bukan setakat azam baru je enn ? Of course laa ada harapan baru di mana kita boleh mencapai tujuan from keazaman yang dah dibuat . Azam yang kita ada masanya cepat muncul and ada ketikanya cepat berlalu . Hikhik sooo maybe azam for this year buatlah sikit perubahan enn ? Azam tak akan ada gunanya if kita cuma cakap je tapi tak buat . Betul kan apa yang camy cakap ?

     Selagi kita masih hidup bermakna kita dah bersiap sedia untuk terima semua kejutan dalam hidup . Tak kiralah kejutan yang gembira or yang buat sakit je , semua bergantung pada diri sendiri sama ada kita boleh accept onot :3 Whether you like it onot , kehidupan ni kita kena tempuh gak enn ? *betul ke tempuh ke tempuhi ?* Soo camne nak nak menempuh and mengharunginya tu bergantung pada cara kita hadapinya . Apa yang camy tahu , kalau nak menempuh tahun baru ni , kita perlukan s.e.m.a.n.g.a.t !! And whatever happen . hadapilah dengan senyuman okayyy ?

   Sooo , I think that's all . Sorry sebab lambat wish . Tersimpan dalam draft tapi lupa pulakk wa nak post . So solli maaaa !! *cakap slang cina kejap* Soo , hepi new year evelibadi ! And have a nice dayy assalamualaikum -Camilia Aida

Tuesday 8 January 2013

MERENTAS DESA

Penattt !!! Seriously penat gilaa ! *tarik nafas hembus nafas* Okay , mula balik . Assalamualaikum :) Una sekarang dah form 1 . Dah besar dah *muka bangga* Cewah . Okay , hari ni first time pakai baju sukan sekolah . Bangga tau xD Semalam , masa rehat kitaorang dah kena usik dengan kawan Kak Syera . Dia pergi terkejutkan kitaorang dengan lipas mainan . Tak takut pun sebenarnya . Cuma terkejut jee ... Kelas dekat tingkat 3 .
     
           Back to story , pukul 4 tadi pergi sekolah naik Jijie dengan Syue sekali . Sampai sekolah , kitaorang tengok ramai yang lenggang . So , kitaorang pun tinggal jelah beg kat kereta Jijie . Dalam beg Una ada AIR .   Tak heran apa-apa , masuk je . Lepas tu , cikgu suruh beratur ikut rumah sukan . Dah beratur , ramai-ramai buat regangan . Time buat regangan , budak petang tengok kitaorang dari atas . Lepas tu nak panggil-panggil pulak . Sabar jee


          Time dah habis buat regangan , budak lain pi letak beg . Kitaorang yang tak bawak beg ni berkumpul and berbual . Jap lagi tengok ramai dah jalan ke pintu depan . Cepat-cepat ikut budak-budak senior pergi depan . Sampai depan , kitaorang berempat je form 1 perempuan . Baru nak kebelakang , form 1 yang lain dah sampai . Kitaorang pun tak jadi kebelakang . Mula-mula berempat . Yang Syue sebok dengan tali kasut dia . Berapa kali tah stop-stop sebab dia nak betulkan tali kasut .


        Bila Syue stop betulkan tali kasut untuk yang keberapa kali tah , Una dengan Jijie saja je lari laju sikit sebab nak dengki Syue . Lepas tu Kak Maya dengan Kak Syera boleh pulak nak main potong-potong . Una dengan Jijie dah lah tengah exited nak berlari , ajak main kejar-kejar pulak . Hahhahah . Yang Si Syuenya kitaorang tertinggalkan dia . Kak Syera lari bawak handkerchief coklat dia tu buat libas orang dari belakang . Nasiblah dia senior . wwkkwkwkwk


       Bila dah sampai TKJ 2 , kena patah balik . Baik lari lambat-lambat jee tadi . Dapat sampai sekolah dulu . Hahahhaha Tapi , tak pe lah , makin kurus *cewah* Dah nak sampai sekolah , boleh pulak crush nya Nabihah lintas kitaorang . Una cakap kat Jijie " Mesti kejap lagi Nabihah lalu " Tak lama lepas tu , betul si Nabihah tu lalu sebelah kitaorang . Dia dah tak larat nak lari lagi dah sebab crush dia tu lari laju sangat . Lepas tu dia cakap kat kitaorang "aduhh ! Paru-paru aku sakitt !" *pegang perut* Sumpah bedekahhh !! Paru-paru dekat perutt ? Hahahahhaha xD


         Dekat dengan simpang , Kak Maya jalan dengan kitaorang . Dia sempat tegur budak India yang bawak phone . Lepas tu budak India tu panggil dia , japgi diaorang pergi cakap bahasa India (tak termasuk Kak Maya) Kak Maya tengah bengang cakap kat diaorang "Apa korang cakap ni ? Tak paham lah!" Terkekek-kekek Una dengan Jijie ketawa ! Sampai sekolah , dengan air tak de semua , menyesal pulak tinggalkan air dalam kereta . Lepas tu duduklah dekat tepi-tepi tengok je orang lain minum air . TT Lepas tu , tengok orang lain dah balik . Una dengan Jijie pun cepat-cepat nak balik . Tapi , tak tahu pukul berapa sebab ayah Jijie cakap dia ambil pukul 5.30 .


        Lepas tu , balik . Malas nak cerita pasal balik . Btw , gambar dekat atas tu bukan sekolah Una pun . Una tak bawak phone sebab Syue cakap tak boleh . Kalau Una senior , Una bawak jee , tapi , baru form 1 kot ? Una tak sempat ambil gembar sebab penat sangat main kejar-kejar dengan Kak Maya and Kak Syera . Hikhik  So , bye-bye ! Assalamualaikum ;D