Powered By Blogger

Friday 2 May 2014

Suntikan ATT

    Assalamualaikum semua! Sebelum tu, sorry sangat sangat sangat sangat sebab dah lamaaaaa tak update. Banyak problem :/ Satu, takda masa. Lepastu dah lama sangat tak bukak so tak ingat email and password. Banyak kali try pun hmmp hampeh jerps. So again i'm sorryyyyy. Eh jap! Kenal tak ni siapa? Ce teka? Hehe, okay bagi clue. Saya budak paling comel paling kecil dalam three musketeers hehe. Hi hello this is camilia aida :) Okay, camy nak cerita banyaaak benda tapi dah lepas lama gila. Tulah akibat tak update.. So sekarang cerita tentang benda baru jadilah ye.

 
     Okay so semalam, masa dalam kelas khb camy sangat tekun melakukan kerja kerja kayu (tekunlah sangat padahal last minutes, orang lain dah siap kita punya kayu masih terburai lagi) tengah tengah syok buat mengetuk paku ke kepala.. eh! salah hehe maaf :p mengetuk paku ke kayu mbf hehe maaf maaf. Kalau ketuk kat kepala jadi kuntilanak remaja pulak :3 #np Growl Opps! Sorry tu selingan. Jangan taktahu, camy ni kpoppers k? Greyson tetap dihati. Hehe okay back to the story. Punyalah syok tengah buat kerja dengan serius tapi kadang kadang nyanyi gak lagu korea, tetiba datang pulak mamat biul ni. Haihh kacau daun!!
    Dia panggil camy untuk pergi buat suntikan att. Dalam hati aduhai time time orang buat kerja kayu nilah dia datang. Ketuk dengan paku karang baru tahu -_____- so nak taknak kena pergi jugak. Dahlah kena suntik, takda kawan pulak tu. Yelah, orang lain dah kena bulan lepas. Masa tu camy demam, nurse tu tak bagi kena suntik. WAAAAA masa tu rasa nak mengamuk sebab tak kena suntik. Sekarang kena suntik sorang sorang pulak tu. Nurse tu pun satu, datanglah masa orang tak sibuk. Telefonlah klien dulu ke inform ke, ni datang tak diundang. Cehh klien konon macam kerja ofis pulak :p
    Masa kat lab kimia tu, nurse semua muka garang garang. Fuhhh, cubalah senyum sikit. Camy bukannya takut kena suntik, tapi tengok muka nurse tu eee tak pasal pasal dia suntik kita banyak kali sebab stress. Yelah, muka macam tengah marah stress semua, kena tinggal pakwe ke pe? Ke sedih tak dapat teddybear? Hailaaa nurse zaman sekarang macam macam. Takut gak kalau dia stress kena clash, tetiba lepaskan perasaan kat kita pulak, tak ke naya :s
    So, masa camy nak kena suntik cari gak nurse yang macam baik sikit. Nampak ada akak nurse ni paling muda kat situ, muka suci murni je putih so dalam hati tu 'ohh akak ni ok je kot, macam takda masalah emosi je' so duduk dekat dia. Dia tanya nama siapa "camilia" "JAWAB KUAT SIKIT" "CAMILIA" "HAA LIPAT  LENGAN BAJU KURUNG" *lipat dengan cermat dan kemas serta perlahan "CEPAT SIKIT DIK" Nurse tu tarik lengan baju kurung. Kalau slow takpa gak, ni asfghjl ganas beno. Ingatkan muka lawa kiut miut, baik hati. Rupanya ganas gak. Pastu baca bismillah tak pandang jarum. Sakit dia.. hanya TUHAN yang tahu. Selama ni kena suntik tak pernah sakit camni. Ni sampai harini bengkak and lebam. Sado semacam je lengan belah kiri ni. Kebas. Nurse tu pun satu, janganlah ganas sangat. Mungkin terburu buru kot nak balik cepat nak mintak maaf dengan pakwe dia. Haihhhh, tulah pengalaman semalam.. ni pun tangan tak berapa kuat nak taip.

    Okay, so nak cakap apa tujuan dapat suntikan ni. Suntikan ATT (anti tetanus toxoid) untuk pelajar tingkatan 3 sahaja lelaki dan perempuan. Yang camy tahu, dia untuk mengelakkan daripada dapat kancing gigi. Juga dapat mengelakkan penyakit sawan. Ni fakta eh bukan tipu. Tipu dosa mati seksa lohhh. Kalau tak percaya, tanya cikgu doktor nurse pakcik guard.. eh pakcik guard takda kena mengena :> suntikan ni kalau tak silap, tahan selama 10 tahun. Kalau terpijak kaca, kena gigit anjing/kucing ke apa, biasanya doktor bagi suntikan att. Dia untuk mengelakkan kuman sampai ke otak then kita jadi sawan then innalillah.. mati. Macam gitulah alkisahnya asal usulnya hehe.    Sooo that's all. Harap harap dapat update lagi :DDD Sekian, assalamualaikum -Camilia Aida