Powered By Blogger

Saturday 9 February 2013

What's up with love ?

     Assalamualaikum semua . Camy baru teringat nak post harini :) Sebenarnya nak post masa mula mula masuk bulan februari tapi camy sebenarnya sangat sangat sibuk buat masa sekarang ni . Schedule camy sangat padat sekarang ni . So sorry laa if camy terlupa nak post . Korang perasan tak betapa cepatnya masa berlalu ? Camy rasa macam baru lagi masuk sekolah . Pejam celik pejam celik , ehh dah bulan februari dah . Cepatkan ? So semalam 8 februari birthday adik camy , nama dia imanina aina . Dia dah 11 tahun (darjah 5) . Haha tu bukan topik yang camy nak cerita harini . Tu cuma camy selitkan je hahah . Korang tahu apa yang best masa bulan februari ni ? Yang tengah couple couple ni mesti tahu kan ? Or lebi senang cerita , valentine's day :) Mehh camy cerita sikit pasal valentine ni ~

So ,  Hari Santo Valentine , atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih , ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih . Menurut tradisi , Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga , menawarkan manis-manisan , dan mengirim kad ucapan . Ada jugak legend legend dia but camy tak berapa nak ingat sangat :p Umm , ada banyak quotes pasal valentine ni . Korang boleh search je kat google tapi yang paling camy suka is this one ------>

                                                   





The rose is red , the violet's blue [Mawar itu merah , violet itu biru]

The honey's sweet , and so are you [Madu itu manis , dikau pun begitu]

Thou are my love and I am thine [Dikau kekasihku , daku kekasihmu]

I drew thee to my Valentine [Dikau kucabut menjadi Valentineku]

The lot was cast and then I drew [Dicabutnya undi oleh daku]

 And Fortune said it should be you . [Dikau orangnya, takdir menentu.]


      And please remember this , orang beragama Islam dilarang untuk meraikan hari valentine ni . So , berpadalah ye :) Because ada unsur unsur kristian . Tapi untuk elakkan perkara yang bercanggah dengan Islam ni , kalau camy laa kan camy rasa valentine's day ni boleh jugak kita sambut dengan family , betul tak ? Tunjuk kasih sayang kat keluarga pun bagus , bukan untuk kekasih kita je kan ? So , hargailah family korang , orang kat sekeliling semua tau ? 

I love you :)

   Mungkin ada antara korang yang tak percaya dengan c.i.n.t.a . Mungkin juga korang tersenarai dalam kategori mereka yang mengagung-agungkan cinta . Tapi , you guys yakin ke korang faham apa erti cinta yang sebenarnya .

   Mencari cinta sejati tak mudah macam terbalikkan telapak tangan . Jika ditanya , benarkan cinta sejati itu perlukan keikhlasan dan kesetiaan ? If camy , of course camy jawab , yes ! You guys yakin 100% bahawa bf or gf korang tu benar-benar ikhlas and setia orangnya ? Hmm , jawab soalan camy tu okay ? Hahah :)

             Apapun , untuk mengetahui keikhlasan dan kesetiaan dalam setiap percintaan tu perlukan kesabaran . Korang harus sabar untuk memahami tingkah laku dia , termasuklah perangai baik dan buruknya . The most important of all , you guys kena yakin dengan kesetiaan korang kepadanya . If you guys sabar dalam memahami tingkah laku dia , you guys pasti memiliki banyak kesempatan untuk melihat serta menilai sejauh mana kejujuran dia terhadap relationship korang .

         Seandainya dia benar-benar tak setia , segala keputusan terletak di tangan korang sendiri . Jika korang open-minded serta dapat melupakan segala sengketa yang ada , sudah pasti konflik tersebut dapat diselesaikan like easy peasy lemon squeazy :3 If sebaliknya happen , haiyaaaa .. patah hati jugak en enn ?

              Cakap memanglah senang , life must go on .. just forget it .. never look  back tapi sebenarnya insan-insan yang hadapi benda tetap rasa sengsara ! Normallah tu , tapi taknaklah sedih lama-lama . Korang kena sentiasa berfikiran positif . Lagipun , kita kena redha and faham bahawa cinta , keikhlasan hati and everything else tak boleh dipaksa-paksa !

     So , you guys tak payahlah terburu-buru mencari cinta . Korang nikmatilah hidup single tanpa bf or gf puas-puas . Beri waktu untuk diri sendiri , di samping mencari aura positif serta kekuatan untuk meneruskan hidup . Yang paling penting , cintai diri sendiri terlebih dahulu . Hiduplah dengan bahagia and jangan pernah melepaskan harapan or kesempatan yang datang . Yakinlah , setiap orang diciptakan berpasangan , cuma sukar mendapatkan orang yang tepat , pada waktu yang tepat :) And please remember , jodoh kita Tuhan dah tentukan , In shaa Allah ;)

                     SELAMAT BERKASIH SAYANG :) Salam sayang daripada camy xoxo - Camilia Aida

No comments:

Post a Comment